Tahap Pengetahun, Pemahaman, Kemahiran dan Pelaksaanaan Guru Sains terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Level of Knowledge, Understanding, Skills and Performance of Science Teachers on Higher Order Thinking Skills
Keywords:
Kemahiran berfikir aras tinggi, guru Sains sekolah rendah, pengetahuan, pemahaman, kemahiran, pelaksanaan, higher order thinking skills, primary school science teacher, knowledge, understanding, skills, implementationAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan pelaksanaan guru sains sekolah rendah Zon Pudu, Kuala Lumpur terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Seramai 140 orang guru Sains sekolah rendah Zon Pudu, Kuala Lumpur dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 23.0 untuk pemerihalan data deskriptif. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi tahap pemahaman (min = 3.39) guru Sains tentang KBAT berada pada tahap yang sederhana. Dapatan yang sama juga diperolehi bagi tiga lagi aspek yang dikaji iaitu tahap pengetahuan (min = 3.43), tahap kemahiran (min = 3.35) dan tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.37) terhadap KBAT menunjukkan nilai purata min berada pada tahap yang sederhana. Hasil dapatan kajian turut mendapati guru-guru Sains sekolah rendah memberikan respons yang sederhana dan positif terhadap pelaksanaan KBAT.
This study aims to determine the level of knowledge, understanding, skills and performance of primary school science teachers from zones Pudu, Kuala Lumpur on higher order thinking skills (HOTS). A total of 140 primary school science teachers Zone Pudu, Kuala Lumpur was chosen as the sample. This study used a survey method using questionnaires as the instrument. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23.0 for descriptive data description. Descriptive statistics were used to look at the mean, standard deviation, frequency and percentage. The results showed that the mean value for the level of understanding (mean = 3.39) science teachers about HOTS are at a moderate level. Similar results were obtained for the other three aspects which is knowledge level (mean = 3.43), skill level (mean = 3.35) and the level of HOTS implementation in teaching (mean = 3:37) shows the mean value is at a moderate level. Findings from the study also found that primary school science teachers respond moderate and positively to the implementation of HOTS.