Ketegasan Syeikh Abd. Al-Qadir Al-Mandili di atas Prinsip Agama: Kajian kitab ‘Perisai bagi Sekalian Mukallaf’
The Firmness of Syeikh Abd. Al-Qadir Al-Mandili in Islamic Principle: A Study in ‘Perisai bagi Sekalian Mukallaf’
Keywords:
Ketegasan, al-Mandili, Perisai Bagi Sekalian Mukallaf, FirmnessAbstract
Ketegasan adalah satu ciri utama dakwah dalam memerangi pelbagai bentuk kemungkaran, kekufuran dan kesyirikan yang menodai fitrah manusia. Inilah antara faktor besar yang menyumbang kepada penyebaran Islam di seluruh dunia. Pun begitu, tidak dinafikan antara pemusnah kepada ketegasan ini ialah penyakit materialisme. Kebanjiran pendakwah instant seperti pendakwah selebriti, pendakwah yang ‘mencari makan’, pendakwah yang tidak memiliki integriti dakwah dan bersikap melampau telah menjadikan dakwah Islam dipandang serong oleh sebilangan manusia. Syeikh ‘Abd. al-Qadir al-Mandili merupakan salah seorang anak Mandailing yang berjaya menempa nama dalam dunia dakwah antarabangsa. Riwayat hidup beliau memperlihatkan satu ketegasan yang tidak luntur dalam menghadapi rintangan dakwah. Al-Mandili dilahirkan di Tapanuli Selatan, Sumatera Utara pada tahun 1910M dan meninggal dunia pada tahun 1965M. Beliau mendapat pendidikan asas agama di Kedah, al-Mandili kemudiannya menyambung pengajian di Mekah dan seterusnya diberi amanah menjadi guru di Masjid al-Haram. Al-Mandili tidak hanya aktif mengajar bahkan beliau juga sangat aktif berkarya. Sebanyak 24 karya telah dihasilkan dalam disiplin akidah, fiqh, hadis, politik, pendidikan, perundangan dan akhlak. Justeru, menerusi salah sebuah karyanya iaitu Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf, makalah ini menganalisis bentuk ketegasan al- Mandili dalam mempertahankan prinsip agama. Hasil kajian mendapati al-Mandili seorang yang tegas di atas kebenaran dan sangat teguh berdiri di atas prinsip- prinsip yang diyakininya sekalipun terpaksa menongkas arus.
Firmness is of the essence in da’wah, to fight against every form of bad deeds, kufr and polytheism which stained the fitrah (the innate purity that Allah creates) in every human being. In fact, this steadfast attitude is undeniably one of the major factors contributing in spreading da’wah crossing all borders and nations. However, this state of resolute can be torn by the lust of materialism. The flooding of instant preachers with no integrity in doing da’wah, extremist, aiming for mere fame and wealth has degraded the value of da’wah in the eyes of the muslim world-view. Syeikh Abd. al-Qadir al-Mandili is one of the Mandailing scholars who has made his name in the world of international da’wah. Born at Tapanuli Selatan (South Tapanuli), Sumatera Utara (North Sumatera) in 1910 and died in 1965, this Mandailing scholar received his basic Islamic education in Kedah. Then, he furthered his studies in Mecca until he was honoured with a teaching position in the Grand Mosque of Mecca. Al-Mandili not only has his hands full with teaching but this prolific author had written 24 books in various discipline of Islamic studies such as Islamic creed, jurisprudence, hadeeth, politics, education, law and morals. Through one of his works, Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf (A Shield For Those Who Are Commisioned Or Faith Knot According To The Salaf), this article analyses form of firmness of al-Mandili in upholding Islamic principles. The result shows that al-Mandili is a very firm scholar in upholding the truth he believed even if he had to stand alone with it.