Kesediaan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah di Selangor terhadap Penerapan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Readiness of Islamic Education Teacher in Selangor’s Primary School in the Implementation of KBAT in Teaching and Learning
Keywords:
Level of readiness of the teacher, knowledgeAbstract
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang telah dijalankan terhadap guru-guru Pendidikan Islam di sekolah rendah di daerah Seri Kembangan, Selangor. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam kajian ini. Seramai 37 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat sebagai responden kajian.Data yang diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS Versi 22.0 yang melibatkan skor min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pengetahuan guru Pendidikan Islam adalah pada aras tinggi dengan skor (min = 4.04 dan S.P = 0.71) manakala tahap kesediaan guru bagi aspek kemahiran mencatatkan nilai (min = 4.09 dan S.P = 0.43) juga pada tahap yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah, pengkaji dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan pelbagai rancangan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran guru-guru khususnya guru Pendidikan Islam dalam usaha untuk meningkatkan kejayaan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam matapelajaran Pendidikan Islam bagi memenuhi keperluan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21).
This study is a survey that was conducted against teachers of Islamic education in primary schools in Seri Kembangan, Selangor The purpose of this study was to look at the two key aspects of identifying the level of knowledge and skills of teachers of Islamic education to the implementation higher order thinking skills (HOTS) in the teaching and learning of Islamic Education. Questionnaires were used as the main instrument in this study. A total of 37 Islamic Education teachers were involved .Data obtained from the questionnaires were analyzed using SPSS version 22.0 IBM involving mean, standard deviation, percentage and frequency. The findings show that the level of knowledge of teachers of Islamic education is at a high level with a score (mean = 4:04 and S.P = 0.71), and the readiness of teachers for skills recorded values (mean = 4.09 and S.P = 0.43) also at a high level. This study is expected to help the schools, researchers and Section Curriculum Islamic Education and Moral Education, the Ministry of Education to provide a variety of plans to increase the knowledge and skills of teachers, especially teachers of Islamic education in order to enhance the success of the application of higher order thinking skills (HOTS) in lessons on Islam to meet the requirements of the National Education System for the 21st Century (SPN 21).