Tahap Kompetensi Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Authors

  • Faridah Yakob Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
  • Azlina Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia
  • Lee Leh Hong Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37934/frle.37.1.1225

Keywords:

Standard Guru Malaysia, orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti, kualiti peribadi

Abstract

Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru, serta keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.  Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kompetensi pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 yang baharu menamatkan pengajian mereka selama lima (5) tahun di IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan menggunakan Senarai Semak Kompetensi Diri (SSKD) SGM 2.0. Dimensi Kompetensi dalam Kerangka SGM 2.0 menjadi rujukan utama dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap kompetensi semua domain SGM 2.0 pelajar ini berada pada min=2.47 (SP=0.69). Keempat-empat domain mencapai standard kompetensi SGM 2.0, iaitu min bagi domain orientasi ilmu adalah 2.44, domain instruksional adalah 2.45, domain pelibatan komuniti adalah 2.48 dan domain kualiti peribadi adalah 2.52. Walaupun semua domain mencapai standard kompetensi SGM 2.0 bermakna mereka mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih perlu mempertingkatkan aspek profesionalisme mereka. Pengkaji mencadangkan agar pelajar-pelajar ini mempunyai sikap keterbukaan untuk menerima perubahan dasar seperti MADANI, tujuh (7) teras utama KPM, perubahan tatakelola serta cabaran global yang lain. Pengkaji juga mencadangkan agar IPGKIK merancang dan membangunkan program atau aktiviti yang mengambilkira cabaran baharu ini untuk membangunkan graduan IPGKIK yang dapat menangani cabaran baharu, karakter guru yang baik serta kompeten dan berjiwa pendidik.

Author Biographies

Faridah Yakob, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

faridah_yakob@ipgkik.edu.my

Azlina Ahmad, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Malaysia

azlina@ipgmksm.edu.my

Lee Leh Hong , Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Malaysia

sharonlee@ipgkik.edu.my

Downloads

Published

2024-12-15

How to Cite

Yakob, F. . ., Ahmad, A., & LEE, L. H. (2024). Tahap Kompetensi Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. International Journal of Advanced Research in Future Ready Learning and Education, 37(1), 12–25. https://doi.org/10.37934/frle.37.1.1225
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی