Kesahan Kandungan Soal Selidik Faktor Konteks, Input dan Proses Terhadap Penerimaan Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Menggunakan Nisbah Kesahan Kandungan (CVR)
Content Validity for Context, Input and Process Questionnaire on the Acceptance of the Implementation of STEM Education Elements in Teacher Teaching and Learning using Content Validity Ratio (CVR)
DOI:
https://doi.org/10.37934/frle.23.1.1022Keywords:
Content Validity Ratio (CVR), Content Validity Index (CVI), Model CIPP, Penerimaan Elemen Pendidikan STEM, CIPP Model, Acceptance of STEM Education ElementsAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesahan kandungan Soal Selidik Faktor Konteks, Input dan Proses Terhadap Penerimaan Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru Sekolah Menengah menggunakan Nisbah Kesahan Kandungan (CVR). Dua belas pakar dipilih melalui persampelan bertujuan bagi menilai dan mengesahkan kandungan soal selidik. Soal Selidik ini melibatkan 157 item dengan empat konstruk utama. Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen mempunyai kesahan kandungan yang baik dan membuktikan soal selidik ini berpotensi besar untuk dipromosikan sebagai instrumen yang baik bagi menilai pelaksanaan elemen pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru sekolah menengah di Malaysia.
This study aims to examine the content validity of the Context, Input and Process factors questionnaire on acceptan ce of Implementation of STEM Education elements in teaching and learning of Secondary School Teachers using Content Validity Ratio (CVR). Twelve experts were selected through purposive sampling to evaluate and validate the content of the questionnaire. The questionnaire involved 157 items with four main constructs. The results show that the instrument has good content validity and proves that this questionnaire has great potential to be promoted as a good instrument to evaluate the implementation of STEM education elements in the teaching and learning of secondary school teachers in Malaysia.