Analisis Sosiosemiotik Terhadap Konsepsi Lambang Flora dalam Pantun Nasihat A Socio-Semiotic Analysis of the Concept of Flora Symbols In “Pantun Nasihat”

Authors

  • Khairulanwar Abdul Ghani Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Noriah Mohamed Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Semiotic, symbols, flora, pantuns nasihat

Abstract

Pantun mengungkapkan nilai kemasyarakatan, adat dan budaya Melayu, nilai ekonomi, nilai ilmu keagamaan serta nilai ilmu sains dan teknologi. Segala yang
dilahirkan melalui pantun adalah berupa nasihat, dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Penggunaan pantun sebagai salah satu cara halus dan sopan dalam menyampaikan sesuatu hasrat yang terbuku di hati telah menjadikan pantun sebagai suatu bentuk bahasa yang indah dan unik. Pemilihan dan penggunaan bentuk kata dalam pantun amat berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa menggunakan unsur alam sebagai kias ibarat dalam memperkatakan sesuatu. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis simbol flora yang terdapat dalam pantun kategori nasihat berdasarkan buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS). Sebanyak 219 rangkap pantun nasihat digunakan sebagai
data bagi menganalisis lambang flora dalam pantun yang bertemakan nasihat. Kajian ini memanfaatkan kerangka semiotik Michael Riffaterre bagi melihat unsur flora yang berfungsi sebagai lambang yang ditandai dalam bahagian pembayang pantun. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa simbol flora dalam penciptaan pantun mendukung makna tersirat yang lazimnya berfungsi sebagai nasihat dan teguran kepada masyarakat. Simbol flora bukan sahaja mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri, namun mampu memperlihatkan daya kreativiti masyarakat Melayu mengaplikasikan konsep alam flora dengan perilaku, benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan mereka. Poems expresses societal values, culture and Malay culture, economy, values of religions knowledge and values of science and technology. All was born through pantuns is advice and guidance, with the range of high diversity of languages and literary value. Pantuns is one of very fine ways to express feeling which make the pantuns language unique and beautiful. Every words chosen in pantuns phrases has its own aesthetical and lexical functions, which are very much related to the way ofthinking among the Malay people, who always refer to surrounding world as a symbolic way to express their own feeling. Therefore, the objective of this study is to identify and analysis the concept of the flora symbols in the pantuns nasihat based on a book “Kurik Kundi Merah Saga (KKMS)”. A total of 219 stanza from pantuns are used as data to
analyse the flora symbols in pantuns nasihat. A theoretical framework by Michael Riffaterre [18] is used to analyses flora elements that functioning as symbols in stanza. The findings obtained indicated that, the flora symbols in pantuns have its own meaning that are used to express feeling. The flora symbols not carry its own lexical meaning only, but also reveal the creativity of Malay people in applying the concept of the flora with people’s behaviours or attitude, things, matters and events revolved around their life.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2023-09-25

How to Cite

Khairulanwar Abdul Ghani, & Noriah Mohamed. (2023). Analisis Sosiosemiotik Terhadap Konsepsi Lambang Flora dalam Pantun Nasihat A Socio-Semiotic Analysis of the Concept of Flora Symbols In “Pantun Nasihat”. Journal of Advanced Research Design, 57(1), 1–20. Retrieved from https://akademiabaru.com/submit/index.php/ard/article/view/4896
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی