Elemen Taman Islamik yang Diutamakan Orang Awam dan Persepsi Profesional terhadap Astaka Moroco di Putrajaya Berbanding Taman Islamik Timur Tengah Public Preference of Islamic Garden Elements and Professional Perceptions Towards Astaka Moroco in Putrajaya
Keywords:
Islamic urban space, characteristics, publics, professionals, preference, perception, PutrajayaAbstract
Kekurangan pemahaman tentang prinsip Islam dalam reka bentuk ruang awam telah mengakibatkan kelemahan fungsi, nilai estetika dan identiti tempat di kawasan perbandaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri dan elemen ruang bandar Islamik di Putrajaya berdasarkan persepsi masyarakat dan profesional. Kajian soal selidik telah dijalankan terhadap lebih kurang 500 orang awam untuk menganalisis persepsi masyarakat mengenai Dataran Putra dan Astaka Moroco. Temu bual berdasarkan gambar juga dijalankan terhadap leibh kurang 100 orang profesional dalam bidang alam bina untuk menilai kualiti Astaka Moroco berbanding taman Islamik Timur Tengah berdasarkan persepsi mereka. Hasil kajian menunjukkan, gaya Dataran Putra paling disukai oleh orang awam berbanding Astaka Mooroco. Para profesional menjelaskan, Astaka Moroco tidak setanding kualitinya dengan taman Islamik Timur Tengah sama ada dari segi fungsi atau nilai estetik kerana kekurangan fungsi dan tiada keunikan identiti tersendiri. Ini kerana orang ramai lebih suka gaya taman Islamik yang mencerminkan identiti tempatan dan berfungsi sebagai ruang awam yang menyediakan pelbagai kemudahan. Penemuan ini boleh dijadikan panduan dalam mereka bentuk ruang awam Islamik yang disukai oleh masyarakat. The lack of understanding of Islamic principles in the design of public spaces has led to the weakness of the function, aesthetic value and the identity of urban places. The study seeks to identify the characteristics and elements of the Islamic urban space in Putrajaya base on publics and expert perception and preference. A questionnaire survey was conducted with approximately 500 civilians to analyse the public perception of Putra Square and Astaka Moroco. A photo base interview was carried out with approximately 100 professionals in the built environment field to evaluate the quality of Astaka Moroco in comparison to Islamic gardens in the Middle East based on their perception. The results indicate that the style of the Dataran Putra is the most preferred by the public compared to the Astaka Morocco. The professionals inform that Astaka Morocco is not comparable to the quality of Islamic gardens in the Middle East either in terms of function or aesthetic value due to the lack of understanding of the Islamic gardens elements and principles. In addition, the public liked the Islamic garden style that reflects the local identity and the functions as public spaces instead of just as an exhibit or a model. The findings can be a good guide in designing the Islamic public spaces which are favoured by the public.