Isu dan Cabaran Pelancongan Kembara dan Masa Depannya di Malaysia

Backpacker Tourism Issues and Challenges and Its Future In Malaysia

Authors

  • Johan Johnes Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Jabil Mapjabil Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Keywords:

Backpacker tourism, backpackers, issues, challenge, future, Malaysia

Abstract

Pelancongan kembara (backpacker tourism) merupakan suatu bentuk pelancongan alternatif yang memiliki ciri-ciri unik dari segi penglibatan individu serta jenis aktiviti yang dilakukan oleh pelancong berkenaan. Antara destinasi kunjungan pelancong kembara (backpackers) yang popular di dunia adalah di benua Eropah dan rantau Asia Tenggara. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berlaku dalam konteks pelancongan kembara serta meneliti masa depan pelancongan kembara di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah sorotan literatur berdasarkan data sekunder daripada sumber kepustakaan berkenaan pembangunan pelancongan kembara. Antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelancongan kembara adalah isu dalam pembangunan sosiobudaya, ancaman terhadap kerosakan alam sekitar, lebihan daya tampung alam sekitar, gangguan terhadap habitat flora dan fauna, cabaran untuk mengekalkan keaslian dalam pelancongan kembara dan kecenderungan kerajaan sesebuah negara untuk lebih mempromosikan sektor pelancongan secara massa. Seterusnya, kertas kerja ini turut merungkai berkenaan masa depan Malaysia yang kaya dengan keunikan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya yang amat berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan kembara di kedua-dua wilayah Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tuntasnya, penulisan dalam kertas kerja ini secara tidak langsung akan memberi pemahaman yang lebih baik berkenaan masa depan pelancongan kembara di Malaysia.

Backpacker tourism is an alternative form of tourism that has unique features in terms of individual involvement and the type of activities for tourists. Some of the most popular backpackers destination in the world are in Europe and the Southeast Asia region. This paper aims to identify the issues and challenges that arise in the context of backpacker tourism and to explore the future of backpackers tourism in Malaysia. The research methodology used in this study is a highlight of the literature based on secondary data from library sources on tourism development. Among the issues and challenges encountered in backpacker tourism are socio- cultural development, threats to environmental degradation, excessive use of environment, habitat disturbance of flora and fauna, challenges to maintaining authenticity in travel tourism and government's tendency to further promote the mass tourism sector. In turn, this paper also discusses Malaysia's rich unique nature and cultural diversity to develop as a backpacker tourism product in both the Peninsular Malaysia and East Malaysia in the future. In conclusion, the writing of this paper will indirectly provide a better understanding of the future of travel tourism in Malaysia.

Author Biography

Johan Johnes, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

johanjohnes28@gmail.com

Downloads

Published

2025-01-22
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی