Penerokaan dan Kesahan Struktur Faktor bagi Konstruk Pengupayaan Guru dalam Konteks Malaysia
Exploring and Validating the Factorial Structure of Teacher Empowerment Construct in Malaysian setting
Keywords:
Teacher empowerment, validation scale, exploratory factor analysisAbstract
Secara umum, Malaysia masih dominan dalam proses top-down sedangkan di negara-negara Barat, mereka sepenuhnya telah mengamalkan sistem desentralisasi. Oleh itu, alat pengukuran yang ada perlu disesuaikan dan diubahsuai untuk membolehkan mereka benar-benar mengukur dan menilai berdasarkan kajian kontekstual. Oleh itu, kajian ini cuba mengesahkan School Participation Empowerment Scale (SPES) menggunakan prosedur pengesahan soal selidik. Soal selidik yang disesuaikan dengan 35 item diberikan kepada 200 guru sekolah menengah di Kelantan, Malaysia. Data dianalisis menggunakan prosedur analisis faktor eksploratori (EFA) dengan menggunakan kaedah Principal Axis Factoring dan Direct Oblimin Rotation dengan SPSS 25.0. Dapatan menyokong pengupayaan guru sebagai konstruk multidimensi dan kekal sebagai enam dimensi iaitu (1) Membuat Keputusan; (2) Status; (3) Efikasi Kendiri; (4) Impak; (5) Autonomi; (6) Pembangunan Profesional. Hasil pengekstrakan dan putaran 6 faktor dengan nilai varians kumulatif iaitu 63.09% adalah mencukupi dan menjelaskan lebih daripada 50% varians. Oleh itu, School Participation Empowerment Scale yang telah disahkan sebagai 35-item adalah sesuai dalam mengukur konstruk pengupayaan guru dan perlu diperkasa dalam konsep pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).
In general, Malaysia is still dominant in the top-down process while in Western countries, they have adopted a decentralized system. Therefore, an existing measurement tools need to be modified and refined for their users to truly measure and evaluate based on contextual studies. Therefore, this study attempts to validate the School Participation Empowerment Scale (SPES) using a scale validation procedure. A 35-item questionnaire was administered to 200 secondary school teachers in Kelantan, Malaysia. Data were analyzed using the exploratory factor analysis (EFA) method using Principal Axis Factoring and Direct Oblimin Rotation using SPSS 25.0. The results support the empowerment of teachers as multidimensional constructs and remain the underlying six dimensions: (1) Decision Making; (2) Status; (3) Self-efficacy; (4) Impact; (5) Autonomy; (6) Professional Development. The extraction and rotation results of 6 factors with a cumulative variance value of 63.09% are required and explain more than 50% of the variance. Therefore, the 35-items validated School Participation Empowerment Scale is suitable for measuring teacher empowerment in Malaysian context and must be enhanced in the 21st century concept and learning (PAK21).