Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Guru Bahasa di Sebuah Sekolah Aliran Agama
Language Politeness among the Language Teachers in a Religious School
Keywords:
Politeness, language, language politenessAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesantunan berbahasa dalam kalangan guru bahasa (KBGB) di Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar Sepang, Selangor (SAMSMEL). Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Seramai tiga orang guru bahasa di sekolah ini terlibat dalam kajian ini. Data kajian ini diperoleh dengan menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian yang dianalisis menggunakan Prinsip Kesopanan Leech. Kajian dijalankan dengan menggunakan jawapan temu bual berstruktur kepada guru sebagai data kajian yang bertujuan meneroka kesantunan guru ketika menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan. Semua data dianalisis menggunakan perisian N’Vivo 12 untuk mengenal pasti tema dan sub-sub tema. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan dua komponen yang terhasil bagi pengetahuan kesantunan berbahasa guru bahasa iaitu bahasa pertuturan dan bahasa komunikasi. Seterusnya, dapatan bagi amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan guru bahasa menghasilkan empat komponen iaitu keprihatinan guru, komunikasi bukan lisan, komunikasi lisan dan sifat semula jadi. Pola dapatan dalam kajian ini telah menghasilkan dua model KBGBSAMSMEL, iaitu Model Pengetahuan
Kesantunan Berbahasa (MPKB-KBGBSAMSMEL) dan Model Amalan Kesantunan Berbahasa (MAKB-KBGBSAMSMEL). Implikasi dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa sepenuhnya di dalam kelas.
This study aimed to analyze the language proficiency among language teachers (KBGB) at Sungai Merab Secondary School in Sepang, Selangor (SAMSMEL). This study is a case study using a fully qualitative approach. Three language teachers at this school were involved in this study. The data of this study were obtained using interview and observation techniques which were analyzed using the Leech Ethics Principle. The study was conducted using structured interview responses to teachers as research data aimed at exploring teacher satisfaction while conducting learning and facilitating sessions. All data were analyzed using N’Vivo 12 software to identify themes and sub-themes Overall, the findings of this study show two components that are produced for the proficiency in the language proficiency of the language teacher, namely, the language of communication and the language of communication. Further, the findings on the practice of language proficiency among language teachers resulted in four components namely teacher concern, non-verbal communication, oral communication and nature. The findings of this study have yielded two KBGBSAMSMEL models, namely the Mental Language Knowledge Level Model (MPKB-KBGBSAMSMEL) and the Mental Language Practice Model (MAKB-KBGBSAMSMEL). The implications of this finding can serve as a guide for all parties, especially teachers who teach the full language of the classroom.