Asas Tarbiah Islam Menurut Kitab Taj Al-Salatin Islamic Tarbiah based on Taj Al-Salatin

Islamic Tarbiah based on Taj Al-Salatin

Authors

  • Shah Rul Anuar Nordin Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
  • Md Akbal Abdullah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
  • Mohd Kasturi Nor Abd Aziz Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia

Keywords:

Thought, Tarbiah, Bukhari al-Jauhari, Taj al-Salatin

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti idea tarbiah pengarang kitab Taj al-Salatin (1603M) iaitu Bukhari al-Jauhari dalam konteks dunia Melayu Islam. Di Alam Melayu, antara karya terawal yang membahaskan tentang konsep tarbiah menurut perspektif Islam adalah Taj al-Salatin (1603M). Karya ini membahaskan 3 perkara pokok iaitu tentang konsep, falsafah, kaedah tarbiah yang merujuk kepada tradisi Islam dan kearifan lokal setempat. Metod analisis isi kandungan dokumen telah digunakan untuk meneliti kitab Taj al-Salatin. Melalui hasil dapatan, kitab Taj al-Salatin mengemukakan gagasan bahawa tarbiah adalah perkara paling awal dan sangat penting dalam tahap kehidupan seseorang manusia di dunia. Empat bab awal Taj al-Salatin adalah berkisar tentang tarbiah Islam iaitu mengenal diri, mengenal Allah s.w.t., dunia hanya sementara serta gesaan supaya selalu ingatkan mati dan ia sekaligus mengisyaratkan kepada kita bahawa proses tarbiah adalah sangat penting untuk melahirkan generasi rabbani. Kaedah atau cara mendidik anak telah dibahaskan dalam Fasal 14. Secara keseluruhannnya bolehlah dirumuskan bahawa Bukhari al-Jauhari dilihat mengemukakan idea tarbiah yang bertunjangkan konsep tauhid dan menjunjung tinggi akhlak yang mulia untuk kelangsungan dan kelestarian generasi Islam di Alam Melayu.

This study aims to identify the author of the idea overreach Taj al-Salatin (1603M), which Bukhari al-Jauhari in Malay Muslim world context. In the Malay world, among the earliest works of the debate about the concept of an Islamic perspective is overreach by Taj al-Salatin (1603M). This paper discusses 3 key areas of concept, philosophy, methodology that refer to Islamic tradition and local wisdom. A document content analysis method was used to study the book of Taj al-Salatin. Through the findings, the book of Taj al-Salatin presents the idea that tarbiah is the earliest and most important part of one's life in the world. The first four chapters of Taj al-Salatin revolve around the Islamic goal of knowing, knowing Allah s.w.t., the world only temporarily and the urge to be constantly reminded of death and at the same time alerting us that the process of tarbalah is very important to the birth of the rabbis. Methods or means of educating children has been debated in Clause 14. The overall it can be concluded that Bukhari al-Jauhari seen overreach submit ideas rooted in the concept of unity and uphold good moral values for the survival and continuity of generations of Islam in the Malay World.

Downloads

Published

2025-01-23
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی