Tinjauan Terhadap Longgokan Komposisi Sisa Pepejal dan Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Sabah

A Review of the Composition of Solid Waste Dumps and Recycling Practices in Bahang National Secondary Schools, Sabah

Authors

  • Chong Oi Min Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohammad Tahir Mapa Geografi Alam Sekitar, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Jalan, UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

Generation, solid waste composition, recycling, disposal

Abstract

Pertambahan jumlah penduduk dunia yang semakin pesat adalah seiringan dengan kemajuan pembangunan ekonomi negara maju pada masa kini. Fenomena ini telah mendatangkan masalah kepada longgokan komposisi sisa pepejal yang tidak terkawal malah mencemarkan alam sekitar. Isu ini semakin serius khususnya di kawasan bandar dan kawasan sekolah. Longgokan komposisi sisa pepejal yang banyak merupakan masalah yang cukup rumit untuk diatasi. Oleh itu, satu tinjauan longgokan penjanaan komposisi sisa pepejal dengan menggunakan cara kitar semula telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Penampang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan jumlah sampah yang dihasilkan oleh para pelajar dan guru sekolah dalam masa sehari persekolahan. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk tinjauan dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif iaitu melalui temubual tidak berstruktur dan pemerhatian ikut serta dalam kajian ini. Populasi kajian adalah pelajar tingkatan empat, pekerja pembersih dan pegawai majlis daerah Penampang untuk mengukur dan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan dalam sehari dengan menggunakan alat penimbang elektronik. Melalui pengiraan dalam bentuk peratus dan kiraan berat dalam kilogram telah dapat melihat dengan jelas sampah yang terbanyak yang dihasilkan adalah plastik makanan dan minuman iaitu sebanyak 54.5%, kedua banyak adalah kertas iaitu sebanyak 20.5% dan tin aluminium sebanyak 4.6% daripada jumlah sampah sehari. Dengan jumlah komposisi sisa pepejal yang dihasilkan, maka pihak sekolah boleh mengambil langkah kitar semula untuk mengurangkan jumlah sampah yang akan dihasilkan dan dihantar ke tapak pelupusan. Oleh itu, cadangan supaya pihak sekolah dapat mengadakan pelbagai aktiviti dan program kitar semula secara bersepadu dengan segera untuk mengatasi masalah sampah tersebut. Program ini diharap dapat mengurangkan longgokan komposisi sisa pepejal dan meningkatkan kebersihan kawasan sekolah dan alam sekitar.

The increase in the world population is growing rapidly with the progress of economic development in developed countries nowadays. This phenomenon has become a problem to dump solid waste composition uncontrolled even pollute the environment. This issue is more serious, especially in urban areas and schools. Pile composition of solid waste is a problem that is quite complicated to solve. Therefore, a review of the composition of the generation of solid waste dumps and recycling method was conducted in a secondary school in the district. This study aims to identify the type and amount of waste generated by students and teachers within the school day. Researchers have used the design review by applying a qualitative approach, through unstructured interviews and observations of participating in this study. The study population is students, workers, cleaners and Penampang district council officers to measure and weigh the amount of waste generated in a day using electronic scale. Through calculation in percentage and counting weight in kilograms have been able to see clearly that the biggest waste generated is plastic food and drink, namely by 54.5%, the second lot is a paper that is by 20.5% and aluminum by 4.6% of the amount of garbage a day. With the amount of solid waste generated, then the school can take steps to reduce the amount of recyclable waste that will be generated and sent to landfill. Thus, the suggestion that the school can organize various activities and recycling program for integrated immediately to address the problem of waste. The program is expected to reduce the accumulation of solid waste and improve the cleanliness of the school grounds and environment.

Downloads

Published

2025-01-23
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی