Bimbingan Islam dan Pembangunan Insan: Satu Kajian dalam Kalangan Banduanita Muslim di Penjara Wanita Kajang
Islamic Guidance and Human Development: A Study in Muslim Prisoners in Kajang Women's Prison
Keywords:
Islamic guidance, Human development, PrisonersAbstract
Bimbingan Islam merupakan asas penting dalam pembentukan peribadi manusia, kerana itulah Islam memberikan perhatian yang besar terhadap semua bidang khususnya bimbingan kerohanian. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimanakah pelaksanaan bimbingan Islam di penjara serta sejauhmanakah bimbingan Islam ini dapat memberikan kesan yang positif dalam pembangunan insan terutama jatidiri banduanita. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pengkaji menggunakan kaedah temubual yang disokong dengan kaedah pemerhatian dan pengumpulan dokumen untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai permasalahan kajian. Kajian ini melibatkan 8 orang peserta kajian akan ditemu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa bimbingan pendidikan Islam di penjara ini dilaksanakan setiap hari dengan subjek yang berbeza-beza serta ditadbir oleh beberapa ustazah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lainya. Selain itu juga bimbingan pendidikan Islam ini banyak memberikan kesan positif dalam membangunkan jatidiri banduanita terutama dalam keimanan mereka. Selain itu juga melalui bimbingan Islam ini mereka dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan ajaran Islam.
Islamic guidance is fundamental to the formation of human personalities, which is why Islam places great importance on all areas, especially spiritual guidance. This study aims to see how the implementation of Islamic guidance in prison and how well Islamic guidance can have a positive impact on human development, especially inmates. This study is a case study using a qualitative approach. The researcher used the interview method supported by the method of observation and document collection to obtain detailed information on the research problem. This study involved 8 study participants interviewed. The results of this study show that Islamic education in prison is practiced daily with different subjects and administered by several scholars from the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), the Faculty of Islamic Studies of the National University of Malaysia (UKM) and several non-governmental organizations (NGOs) other. In addition, the guidance of this Islamic education has had a positive impact on the development of the religious identity of the believers especially in their faith. In addition, through Islamic guidance they can increase their knowledge of Islamic teachings.