Mengkaji Sikap dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Antarabangsa Sebagai Bahasa Kedua
Studying Students' Attitudes and Motivations in International Language Learning as a Second Language
Keywords:
Attitude, international language, Dornyei’s L2 Motivational Self System Questionnaire, motivationAbstract
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sikap dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran bahasa antarabangsa sebagai bahasa kedua di Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (UTHM). Data diperolehi dari pelajar melalui borang soal selidik yang melibatkan seramai 241 pelajar tahun satu. Soal selidik yang diadaptasi dari Dornyei’s L2 Motivational Self System Questionnaire telah digunakan di dalam kajian ini. Kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar adalah lebih tinggi berbanding faktor sikap terhadap pemilihan bahasa.Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu universiti dalam memperkasakan bahasa antarabangsa sekaligus menaikkan lagi kadar kebolehpasaran pelajar UTHM di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
This article aims to study the attitude and motivation of students in international language learning as a second language at Tun Hussein Onn University, Malaysia (UTHM). Data was obtained from students through a questionnaire that involved 241 first year students. The questionnaire adapted from the Dornyei’s L2 Motivational Self System Questionnaire was used in this study. Studies show that students' motivation levels are higher than their attitude towards language selection. The results of this study are expected to assist universities in strengthening the international language while increasing the UTHM student literacy rates both locally and internationally.