Strategi Pembelajaran Bahasa Kedua Melalui Program Kebudayaan: Kajian Terhadap Pelajar Bahasa Arab Tahap Satu di UTHM
Second Language Learning Strategies Through Cultural Program: A Study of First-Year Arabic Students at UTHM
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya dan strategi pembelajaran bahasa kedua iaitu bahasa Arab tahap satu di UTHM melalui program kebudayaan. Subjek bahasa Arab tahap satu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan satu daripada subjek elektif wajib bagi pelajar UTHM. Kajian ini bersifat kuantitatif dan borang soal selidik digunakan dalam mendapatkan data yang diperlukan. Seramai 48 pelajar UTHM yang telah mengambil subjek Bahasa Arab Tahap 1 menjadi responden dalam kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat gaya dan strategi pembelajaran bahasa kedua, dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab Tahap 1 di UTHM. Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar fakulti kejuruteraan berumur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun. Data kajian diperoleh selepas pelajar menjalani program kebudayaan melalui soalan kaji selidik dan dianalisis melalui sistem spss untuk melihat kekerapan dan peratusan gaya serta strategi pembelajaran bahasa kedua selepas menyertai program kebudayaan dan satu kumpulan responden yang tidak menyertai program kebudayaan. Analisis gaya pembelajaran adalah berdasarkan 4 kemahiran iaitu; membaca, menulis, mendengar dan manakala pada strategi pembelajaran data dianalisis berdasarkan 6 bahagian sub kategori strategi pembelajaran; ingatan, kognitif, tampungan, metakognitif, afektif dan sosial. Soalan kaji selidik adalah berdasarkan kategori tersebut. Dapatan menunjukkan kedua-dua kumpulan responden terdiri daripada pelajar kejuruteraan yang tiada latar belakang pendidikan terhadap bahasa kedua tersebut mengamalkan gaya pembelajaran secara bertutur serta gemar menggunakan strategi afektif dalam pembelajaran bahasa kedua.
This study was conducted to identify the style and strategies of second language learning which is Arabic level one at UTHM through cultural programs. The first level Arabic language course at Tun Hussein Onn University Malaysia (UTHM) is one of the compulsory elective subjects for UTHM students. This study is quantitative and the questionnaire form is used to obtain the required data. A total of 48 UTHM students who took Level 1 Arabic subjects were the respondents in this study. The purpose of this study was to look at the style and strategies of second language learning, in the context of Level 1 Arabic language learning at UTHM. Students are students of engineering faculty aged 20 to 25 years. Study data were obtained after students underwent a cultural program through questionnaire and analyzed through the SPS system to see the frequency and percentage of second language learning styles and strategies after participating in the cultural program and one group of respondents who did not participate in the cultural program. Learning style analysis is based on 4 skills; reading, writing, listening and while on data learning strategies are analyzed based on 6 sub-categories of learning strategies; memory, cognitive, rewarding, metacognitive, affective and social. The survey questions are based on those categories. The findings show that both groups of respondents consisting of engineering students who have no background in the second language practice a learning style of speaking and are fond of using affective strategies in second language learning.