Pelaksanaan Undang di Mahkamah Syariah Melibatkan Orang Ketiga dalam Rumahtangga

Implementation of Laws in Shari’a Court Involves Third Person in Household

Authors

  • Nur Anis Nabilla Muhamad Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia
  • Nurbazla Ismail Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia

Keywords:

Divorce, third person, sharia criminal enactment

Abstract

Perceraian merupakan isu sejagat yang sering berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini sekaligus menghancurkan keharmonian dalam sesebuah institusi keluarga. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian adalah kewujudan orang ketiga dalam rumahtangga. Apabila timbulnya pihak ketiga yang campur tangan, maka berlaku konflik dan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan dan akhirnya memilih perceraian sebagai jalan terakhir. Namun, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 ada memperuntukkan berkaitan orang ketiga yang mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain sehingga berlaku perceraian yang mana ianya boleh didakwa di mahkamah syariah jika sabit kesalahan. Menurut enakmen tersebut perbuatan mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain adalah satu kesalahan jenayah. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah ingin melihat sejauh manakah pelaksanaan undang-undang Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor)1995 dilaksanakan di mahkamah syariah di bawah peruntukan tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan menganalisis dokumen bagi mendapatkan kes-kes perceraian yang berkaitan campur tangan orang ketiga dan kajian kepustakaan dengan merujuk buku-buku ilmiah. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tidak ada sebarang pelaksanaan undang-undang dan pendakwaan terhadap kesalahan di bawah peruntukan enakmen tersebut. Ini berdasarkan tiada sebarang kes yang telah direkodkan di mahkamah syariah. Implikasi daripada kajian ini memberi kesedaran kepada orang ketiga mahupun suami isteri itu sendiri bahawa wujudnya perundangan berkaitan orang ketiga.

Divorce is a universal issue that often occurs in society today. It also destroys harmony within a family institution. Among the factors that cause divorce is the existence of a third person in the household. In the event of a third party intervening, conflicts and unresolved issues arise and ultimately choose divorce as the last resort. However, the Syariah Criminal (State of Selangor) Enactment 1995 provides for third persons who interfere with the harmony of other people's marriages resulting in divorce which can be prosecuted in sharia court upon conviction. According to the enactment the act of interfering with the harmony of the household of another person is a criminal offense. In this regard, the objective of this study is to see to what extent the implementation of the Syariah Criminal Enactment (State of Selangor) Act 1995 is implemented in the syariah court under the provision. This study is qualitative by adopting a document analysis approach to obtain divorce cases related to third-party intervention and library studies by reference to scholarly books. The results of this study found that there was no law enforcement and prosecution of offenses under the provisions of the enactment. This is based on no cases that have been recorded in the syariah court. The implications of this study give awareness to the third person as well as the husband and wife themselves that there is legislation related to third parties.

Author Biography

Nur Anis Nabilla Muhamad, Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia

anisnabilla631@yahoo.com

Downloads

Published

2025-01-22
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی