Penggunaan Bahasa Rungus dalam Kalangan Generasi Baru (Remaja) Masyarakat Rungus di Matunggong, Sabah
The use of Rungus Language among the New Genaration (Youth) of Rungus in Matunggong, Sabah
Keywords:
Rungus language, modernisation, youth, MatunggongAbstract
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak berkuasa untuk memastikan pemodenan berlaku dalam kalangan suku kaum Rungus di Sabah, khususnya di Matunggong. Walau bagaimanapun segala proses atau usaha memodenkan kaum Rungus di Matunggong yang dilakukan ini pula membawa impak negatif kepada penggunaan bahasa ibunda. Kajian ini menumpukan perhatian terperinci mengenai fenomena semasa iaitu berkurangannya penggunaan bahasa Rungus dalam kalangan generasi baru etnik Rungus itu sendiri. Kajian ini juga bertujuan mengetahui tahap penggunaan bahasa, kesan yang dialami sekiranya fenomena ini dibiarkan berterusan serta faktor-faktor penyebab fenomena ini. Maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pendekatan ‘mixed-method. Melalui analisis terhadap maklumat yang diperolehi, adalah didapati bahawa sememangnya fenomena kelesuan dalam penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi baru etnik Rungus di Matunggong, Sabah, Malaysia berlaku. Ini menyebabkan etnik Rungus berhadapan kemungkinan mengalami masalah kepupusan bahasa ibunda. Modenisasi dikenalpasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada fenomena ini, khususnya penggunaan meluas bahasa kebangsaan dan antarabangsa bagi tujuan pemodenan, persepsi negatif terhadap bahasa ibunda sendiri, perkahwinan campur dan peranan ibu bapa, migrasi, peranan rakan sebaya dan lain-lain faktor modenisasi. Sehubungan itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengelak fenomena kelesuan penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi baru etnik Rungus ini daripada berterusan.
Various efforts have been made by authorities to ensure modernization occurs among Rungus tribes in Sabah, particularly in Matunggong. However, the efforts to modernize the Rungus tribe in Matunggong have made a negative impact on the use of native language. This study focuses on the current phenomenon, namely the decreasing use of Rungus language among the new generation of Rungus ethic itself. This study also aims to find out the level of the language used, the effects of this phenomenon if and the factors of this phenomena. The data of this study are collected using a mixed- method approach. Through the analysis of the data obtained, it is found that the lethargy phenomenon has happened among the new generation of Rungus ethnic in Matunggong. This has led the Rungus Ethnic to face the possibility of their native language to become extinct. Modernisation is identified as the main factor contributing to this phenomenon, particularly the widespread use of national and international languages for modenisation purposes, the negative perceptions of their own native language, intermarriage, parental and peer roles and other modernisation factors. In accordance, some suggestions were raised to avoid the lethargy phenomenon by using the native language among the new generation of Rungus ethnic from happening.