Keberkesanan Kit Simulasi Pautan ke atas Pencapaian Topik Pautan Reka Bentuk Mekanikal dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua

Effectiveness of Simulation Kit Link to the Achievement of Mechanical Design Links Topic in Form Two Student Circle

Authors

  • Tee Tze Kiong Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Johor, Malaysia
  • Fatihah Anis Saifuddin Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim , Perak, Malaysia

Keywords:

Teaching aids, linkage, technology design

Abstract

Alat bantu mengajar sangat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah bagi membantu guru-guru Reka Bentuk Teknologi (RBT) dalam menjalankan PdP yang lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Alat Bantu Mengajar Kit Simulasi Pautan (ABM KSP) ke atas pencapaian topik pautan reka bentuk mekanikal dalam kalangan murid tingkatan dua. Reka Bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian kuasi eksperimental untuk membandingkan pencapaian kumpulan rawatan dan kumpulan konvensional. Kajian ini dijalankan selama tiga minggu di dua buah sekolah di Kuala Lumpur yang melibatkan 112 orang pelajar sebagai responden (n=55 kumpulan rawatan dan n=57 kumpulan kawalan). Data diperoleh melalui instrumen ujian pencapaian pasca sahaja kedua-dua kumpulan. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara pencapaian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p=0.003. Secara keseluruhannya, pembelajaran menggunakan ABM KSP ini adalah berkesan dalam meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar dalam topik pautan. Dicadangkan agar ABM KSP ini digunakan oleh guru-guru RBT dalam mengajar topik pautan reka bentuk mekanikal agar memperoleh kesan yang lebih baik dalam penguasaan pencapaian dalam kalangan murid.

The teaching aids are very important in the teaching and learning sessions in schools to help teachers of Technology Design in carrying out more exciting, fun and effective. The purpose of this study is to study the effectiveness of teaching simulation tool for Linkage Simulation Kit on the achievement of the topic of mechanical design linkage among form two students. The design of this study uses a quantitative approach with an experimental quasi-design design to compare the achievement of conventional treatment groups and groups. The study was conducted for three weeks in two schools in Kuala Lumpur involving 112 students as respondents (n = 55 treatment groups and n = 57 control groups). The data were obtained through post-stage achievement testing instruments of both groups. Quantitative data is analysed descriptively and inferred. The t-test results showed that there was a significant mean difference between treatment group achievement and control group p = 0.003. Overall, learning teaching aid is effective in improving student academic achievement performance in link topics. It is proposed that the teaching aid be used by technology design's teachers in teaching the topic of mechanical design linkage in order to have a better effect on the achievement among students.

Downloads

Published

2025-01-23
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی