Pengetahuan Pelajar Aliran Agama dalam Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap Istilah Berkaitan Fiqh dan Usul Fiqh: Satu Kajian Awal
A Preliminary Study of the Knowledge of Religious School Students in Applying High Order Thinking Skills (HOTS) on Terms Related to Fiqh and Usul Fiqh
Keywords:
High Order Thinking Skills (HOTS), knowledge, terms on fiqh and usul fiqhAbstract
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi agenda utama dalam mempertingkat kualiti pendidikan negara yang dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelbagai isu timbul dalam membudayakan KBAT dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah aspek pengetahuan. Justeru, artikel ini adalah kajian awal yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan pelajar aliran agama di Sekolah Arab Al-Asyraf, Alor Gajah, Melaka dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terhadap istilah-istilah berkaitan fiqh dan usul fiqh. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan (survey). Borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 5.0 telah digunakan bagi penggumpulan data. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif (Measure of Central Tendency) dengan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar aliran agama dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terhadap istilah-istilah berkaitan fiqh dan usul fiqh adalah tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 3.85. Berdasarkan dapatan kajian, pihak pelaksana boleh mengambil kira aspek pengetahuan istilah- istilah fiqh dan usul fiqh pelajar berasaskan KBAT yang dikaji dalam merencana proses penambahbaikan terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
High Order Thinking Skills (HOTS) is a major agenda in enhancing the quality of education implemented through the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025. Various issues arise in embracing HOTS among students. One of the issue is the level of students knowledge. This article is a preliminary study aimed at reviewing the knowledge of religious school students at the Al-Asyraf Arab School, Alor Gajah, Melaka in applying High Order Thinking Skills (HOTS) on terms related to fiqh and usul fiqh Skills. This study is a quantitative study conducted through surveys. Questionnaires using Likert 5.0 scale were used for data collection. The data obtained were analyzed descriptively (Measure of Central Tendency) using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. The findings show that the knowledge of religious school students on the terms related to fiqh and usul fiqh based on the High Order Thinking Skills (HOTS) is high with the overall mean score of 3.85. Based on the findings of the study, the executors may take into account aspects of students knowledge of the terms related to fiqh and usul fiqh based on HOTS in planning the improvement on the implementation of the teaching and learning process.