Transformasi Pekan Parit Raja Impak terhadap Landskap Sosioekonomi dan Kesejahteraan Hidup Masyarakat

Transformations at Pekan Parit Raja Impact towards Socio Economic Landcape and Community to Quality of Life

Authors

  • Haryati Shafii Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Nursyikin Miskam Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Keywords:

Transformasi, Pekan Parit Raja, kesejahteraan, kualiti hidup, Transformation, quality of life, physical landscape, sosio economic

Abstract

Hubungan di antara manusia dengan alam sekitar wujud semenjak manusia dilahirkan lagi. Interaksi dalam keadaan terkawal biasanya tidak mewujudkan impak yang besar. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang keterlaluan, apa sahaja pembangunan yang dijalankan oleh manusia sudah pasti akan mendatangkan impak terhadap manusia dan persekitarannya. Transformasi merujuk kepada proses atau perubahan (sama ada tempat, ekonomi, pembangunan dan sebagainya) iaitu daripada satu keadaan yang mundur dan miskin berubah menjadi lebih baik dan membangun. Penulisan ini memfokuskan isu transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja, Johor yang telah membawa kepada perubahan terhadap landskap sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat kualiti hidup masyarakat, impak daripada transformasi yang berlaku di pekan ini yang merangkumi pertambahan fizikal, ekonomi dan sosial. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui temubual berstruktur dengan wakil dari Majlis Perbandaran Batu Pahat dan wakil komuniti. Kajian ini hanya menfokuskan kepada perkembangan fizikal dan sosioekonomi sahaja. Hasil kajian mendapati bahawa limpahan pembangunan fizikal dan ekonomi telah berlaku dengan pesat di Pekan Parit Raja, iaitu dengan adanya pembinaan hotel dan bangunan perniagaan serta lebih banyak peluang pekerjaan telah diwujudkan. Dalam masa yang sama, Pekan Parit raja turut menerima impak akibat pembinaan kemudahan asas, jalanraya, komunikasi yang moden serta perkembangan perkhidmatan yang lain. Perubahan pola guna tanah turut dikesan iaitu daripada aktiviti pertanian kepada komersil di sepanjang jalan termasuk dari Batu Pahat ke Ayer Itam. Justeru, diharapkan kajian ini dapat mempersembahkan bagaimana transformasi yang berlaku telah memberi impak dari segi positif dan negatif ke atas ruang landskap dan sosioekonomi masyarakat dan akhirnya menyumbang ke arah kualiti hidup masyarakat di masa-masa akan datang.

The relationship between human with the environment being since people are born. Interaction under control usually does not realize a major impact. However, in over condition any development from human sure provides impact to human and environment. Transformation is process or changes (could be place, economic, developing and others), from one decadence and poor moving to good condition and development. This paper focus on issues transformation at Parit Raja, Johor, towards changes a socio economic landscape, and community of quality of life. The goal of this study want to looking of community of quality of life impact from transformation at this place included added physical, economic and social. This study using a qualitative approach, conducted an interview semi structure, with member from Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor and member of community. This study just focusing to physical development and socio economic only. The study recorded is major developing apply at Pekan Parit Raja including physical development and economic. For example, so many development as a hotel, business building, and a lot of job opportunities. In the same time, Pekan Parit Raja also received impact facilities construction, communication, road, and the development of services. Changes in the pattern of land use also received from palm activities to commercial along the road from Batu Pahat to Ayer Itam. This suggests that transformation gave a positive and negative in physical landscape and community socio economic, and lastly to donate towards a quality of life in future.

Author Biography

Haryati Shafii, Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia

haryati@uthm.edu.my

Downloads

Published

2025-01-23
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی