Perbezaan Kemahiran Pemikiran Kritikal Mahasiswa/Mahasiswi yang Menyertai Ekspedisi Pendakian

Differences in Critical Thinking Skills among University Students who Joined Mountaineering Expeditions

Authors

  • Munauwar Mustafa Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia
  • Mohd Azril Ismail Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia
  • Shahrizal Badlishah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

Keywords:

Critical thinking skills, training and development, incidental learning, adventure training, Kemahiran pemikiran kritikal, latihan dan pembangunan, pembelajaran insidental, latihan adventur

Abstract

This study was carried out to look at the effect of participation in well known adventure mountaineering expeditions in Peninsular Malaysia, namely Chamah-Ulu Sepat and TransTitiwangsa Version 2 expeditions on the score of participants’ critical thinking skill. The study population were public university students who participated in one of the aforementioned expeditions within the period of data collection which was during the long break during the second semester academic session and the first semester of academic session. This study utilizes an established instrument developed by Watson and Glaser which is potentially able to help achieve the study objective, taking into consideration the validity and reliability of the construct and its suitability with the respondents. The findings of the study reveal that there is a significant difference between the score of critical thinking skill of the participants before and after the adventure climb. However, mean scores between the two expeditions reveals that they do not differ significantly. Therefore, it can be concluded that students participation in mountaineering expeditions can be used as a training method to enhance their critical thinking skills. The study adds to another approach of increasing the level of critical thinking skill through adventure mountaineering expeditions in Peninsular Malaysia.

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penyertaan di dalam ekspedisi pendakian adventur yang terkenal di Semenanjung Malaysia iaitu Chamah-Ulu Sepat dan Ekspedisi TransTitiwangsa Versi 2 ke atas skor kemahiran pemikiran kritikal para peserta. Populasi kajian ini adalah mahasiswa/mahasiswi yang menyertai salah satu daripada ekspedisi-ekspedisi pendakian adventur di dalam tempoh masa pengumpulan data yang tertumpu kepada cuti panjang antara semester kedua dan semester pertama sesi pengajian. Kajian ini menggunakan satu instrumen mapan yang telah dibangunkan oleh Watson dan Glaser dan dirasakan mampu untuk membantu mencapai objektif kajian dengan mengambil kira keesahan dan reliabiliti konstruk serta kesesuaiannya dengan responden-responden kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan yang signifikan adalah wujud di antara skor kemahiran pemikiran kritikal sebelum dan selepas penyertaan di dalam ekspedisi pendakian adventur tersebut. Ianya telah berjaya membuktikan secara empirikal bahawa min skor kemahiran pemikiran kritikal peserta untuk kedua-dua ekspedisi tersebut adalah berbeza secara signifikan. Walau bagaimana pun, perbandingan min kemahiran pemikiran kritikal di antara kedua-dua ekspedisi tersebut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Oleh kerana itu, bolehlah disimpulkan bahawa penyertaan mahasiswa/mahasiswi di dalam aktiviti-aktiviti pendakian adventur mampu untuk memberikan peningkatan kepada kemahiran pemikiran kritikal mereka dan kedua-dua ekspedisi adalah sama sahaja peranannya sebagai intervensi yang dapat meningkatkan lagi skor kemahiran pemikiran kritikal mahasiswa/i yang menyertainya. Kajian ini seterusnya menambahkan lagi satu kaedah atau pendekatan latihan bagi meningkatkan tahap kemahiran pemikiran kritikal iaitu melalui pembelajaran insidental pendakian adventur gunung-gunung di Semenanjung Malaysia.

Author Biography

Shahrizal Badlishah, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

bshahrizal@uum.edu.my

Downloads

Published

2025-01-22
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی