Mengkaji Pentaksiran Pengaturcaraan Komputer Berdasarkan Penyelesaian Masalah Kreatif Menggunakan Pendekatan “Grounded Theory”

Assessment Study Computer Programming based on Creative Problem-Solving Approach of "Grounded Theory"

Authors

  • N. Talib Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia
  • S.F.M Yassin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • M.K.M. Nasir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Creative problem solving, computer programming, teaching and learning, grounded theory, Penyelesaian masalah kreatif, pengaturcaraan komputer, pengajaran dan pembelajaran

Abstract

Creative problem solving (CPS) has been identified as an indispensable element in the teaching and learning (T&L) computer programming. This is because many programming students do not master the skills of CPS causes them ultimately did not perform well in programming. To overcome this problem, CPS need to be integrated into T&L programming. However, these skills require a detailed and reliable assessment form to determine student’s mastery. Since most of the T&L programming modules did not assess CPS skills of students, the research towards it needs to be done. A case study has been carried out to explore the creative processes occurred in the minds of expert programmers. The creative process is the creative activities that explored through the experience of expert programmers when they are doing application development by the time they unskilled until they achieved expert level. A total of 30 experts were interviewed and the data collected was analysed using Grounded Theory (GT). The finding is the documentation of creative activities that have been sorted and conceptualised as CPS assessment rubrics that can be used to assess CPS skills among programming students. Assessment rubrics that successfully generated contribute in improving T&L programming by integrating CPS into T&L programming module in future research.

Penyelesaian masalah kreatif (PMK) telah dikenal pasti sebagai elemen yang amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pengaturcaraan komputer. Hal ini disebabkan ramai pelajar pengaturcaraan tidak menguasai kemahiran PMK yang menyebabkan mereka akhirnya tidak mencapai prestasi yang baik dalam pengaturcaraan. Bagi mengatasi masalah ini, PMK perlu diintegrasikan dalam PdP pengaturcaraan. Namun begitu, bagaimana menentukan pelajar menguasai kemahiran ini memerlukan satu bentuk pentaksiran yang terperinci dan boleh dipercayai. Oleh kerana kebanyakan modul PdP pengaturcaraan tidak menilai kemahiran PMK pelajar, maka kajian terhadapnya perlu dilakukan. Strategi yang dilakukan ialah dengan melakukan kajian kes iaitu meneroka proses-proses kreatif yang berlaku dalam pemikiran pakar pengatur cara. Proses-proses kreatif tersebut adalah aktiviti-aktiviti kreatif yang diteroka daripada pengalaman pakar pengatur cara membangunkan aplikasi bermula daripada tidak mahir sehingga sampai ke tahap pakar. Seramai 30 orang pakar telah di temu bual dan data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan teknik Grounded Theory (GT). Dapatan kajian adalah dokumentasi aktiviti-aktiviti kreatif yang telah disusun dan diberikan konsep sehingga terhasilnya rubrik-rubrik pentaksiran yang boleh digunakan untuk menilai kemahiran PMK pelajar semasa mempelajari pengaturcaraan. Rubrik-rubrik yang berjaya dihasilkan menyumbang kepada penambahbaikan PdP pengaturcaraan dan boleh digunakan untuk kajian-kajian pembinaan modul pengaturcaraan di masa depan.

Downloads

Published

2025-01-22
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی