Faktor Penentu dalam Meningkatkan Prestasi Pengurusan Penerbitan Ilmiah di Malaysia: Pendekatan Analisis Pengesahan
Factor Determinant Factors in Improving the Performance of Scholarly Publishing Management in Malaysia: Factor Validation Analysis Approach
Keywords:
e-Pemasaran, penerbitan ilmiah, dasar dan amalan, penerbit universiti, prestasi pengurusan, analisis faktor, E-Marketing, scientific publications, policy and practice, university publisher, performance management, factor analysisAbstract
Penerbitan ilmiah merupakan sistem penerbitan untuk menyebarkan dan membina khazanah ilmu yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan dan kemajuan manusia. Manakala, penerbitan ilmiah amat berbeza daripada segi pengisian dan anatominya berbanding jenis penerbitan bacaan umum yang lebih ringan sifatnya seperti penerbitan buku popular, buku teks sekolah, buku bacaan kanak-kanak, majalah, novel, dan lain-lain yang seumpamanya. Meskipun penerbitan ilmiah telah meningkat dari tahun ke tahun namun begitu penerbitan ilmiah tetap berhadapan dengan cabaran. Cabaran bagi universiti yang baharu ditubuhkan adalah bagaimana untuk bersama bersaing memasarkan produk penerbitan ilmiah bersama dengan Penerbit Universiti yang sedia ada. Makalah ini bertujuan untuk menentusahkan elemen dasar dan amalan serta e-Pemasaran dari segi persepsi pekerja yang terlibat dalam bidang penerbitan bagi meningkatkan prestasi Penerbitan Ilmiah Universiti Awam Malaysia.Kajian ini melibatkan 127 orang responden dari 18 buah Universiti Awam terpilih di Malaysia. Instrumen soal selidik berskala Likert 7 markat digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Secara keseluruhannya, soal selidik mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alfa Cronbach 0.965. Data yang diperoleh diproses melalui analisis faktor penerokaan (EFA) untuk melihat struktur faktor-faktor hasil pembelajaran. Kesimpulannya, hasil kajian daripada analisis berkenaan dapat mengenal pasti dan mengesahkan dua elemen penting dalam meningkatkan prestasi penerbit universiti dari segi persepsi dasar dan amalan.
Scholarly publishing is a publishing system for the dissemination and development of knowledge treasures that contribute to the improvement of the quality of life and human progress. While scientific publications are very different in terms of filling and anatomy than lighter general publishing types such as popular book publishing, school textbooks, children's books, magazines, novels, and so on. Although scientific publications have been increasing from year to year, however, scientific publication continues to face challenges. The challenge for a newly established university is how to jointly market a product of scientific publications along with an existing University Publisher. The paper aims to streamline the basic elements and practices as well as e- Marketing in terms of perceptions of employees involved in the field of publishing to improve the performance of Scientific Publications of the Malaysian Public University Malaysia. The study involved 127 respondents from 18 selected Public Universities in Malaysia. The Likert 7 questionnaire scoring instrument is used to obtain feedback. Overall, the questionnaire achieved a high level of reliability with alpha Cronbach 0.965. The data obtained were processed through the analysis of the exploration factor (EFA) to see the structure of the learning outcomes factors. In conclusion, the results of the analysis can identify and confirm two important elements in improving the performance of university publishers in terms of perception policies and practices.