Transformasi Koperasi kepada Bank Koperasi: Analisis Perspektif Kewangan
Transformation of Cooperative to Cooperative Bank: Financial Perspective Analysis
Keywords:
bank koperasi, transformasi, analisis kewangan, produk kewangan Islam, Cooperative, cooperative bank, transformation, financial analysis, koperasi, cooperative, islamic financial productsAbstract
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis keperluan koperasi di Malaysia untuk transform daripada koperasi kepada bank koperasi. Kajian ini adalah didorong oleh niat Angkatan Tentara Malaysia (ATM) yang merupakan salah satu koperasi di Malaysia untuk berubah kepada bank koperasi. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga mensasarkan untuk mempunyai empat (4) koperasi perbankan pada tahun 2020. Fokus kajian ini adalah bagi koperasi yang mempunyai niat untuk berubah kepada bank koperasi sebagai sampel kajian seperti Bank Rakyat, KOPSYA, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad [KATMB]. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang merupakan analisis kewangan dalam pasaran perbankan Islam dan pasaran koperasi. Berdasarkan analisis kewangan, didapati bahawa Bank Rakyat beroperasi dengan baik dalam pasaran perbankan Islam serta pasaran koperasi. Oleh itu, Bank Rakyat boleh menjadi model yang baik untuk koperasi berubah kepada bank koperasi seperti KATMB. Pertambahan bilangan bank koperasi ini akan dapat meningkat pertumbuhan ekonomi Malaysia. Penambahan bilangan bank koperasi adalah penting dan akan membantu koperasi untuk mengembangkan perniagaan mereka untuk mempunyai produk yang pelbagai seperti produk kewangan Islam - takaful, ar-rahnu dan lain-lain. Perkembangan ini akan meningkatkan pendapatan koperasi dan kemudian beroperasi sebagai 'one stop center' untuk ahli koperasi dan juga penggunapengguna lain untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih cekap dan menyeluruh.
The purpose of this paper is to analyze the needs of cooperatives in Malaysia to transform from cooperatives to cooperative bank. This study is driven by the intention of the Malaysian Army Force (Angkatan Tentera Malaysia - ATM) which is one of the cooperatives in Malaysia to transform to cooperative bank. In relation to that, the Malaysian Cooperative Commission is also targeting to have four (4) cooperative banks in 2020. The focus of the study is on cooperatives that has the intention to transform to cooperative bank as a sample of this study such as Bank Rakyat, KOPSYA, and the Malaysian Armed Forces Cooperative Berhad [KATMB]. This study uses quantitative methods that are financial analysis in banking market as well as cooperatives market. Based on the financial analysis, Bank Rakyat performs well in the banking market as well as in cooperative market. Therefore, Bank Rakyat can be a good model for cooperatives such as KATMB to transform to banking sector. The increase in the number of cooperative bank will increase the growth of the Malaysian economy. The addition of banking cooperatives is important and will help cooperatives to expand their business to have more products such as Islamic financial products - takaful, ar-rahnu etc. It will also increase cooperative’s income and then operate as a one stop center for their members and other consumers to get more efficient and comprehensive services.