e-Bisnes, Pemangkin Penyertaan Kaum Wanita dalam Keusahawanan Luar Bandar

e-Business, The Catalyst for Women Involvement in Rural Entrepreneurship

Authors

  • Azlizan Talib Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
  • Mohd Nazaruddin Yusof Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
  • Zainal Md Zan Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
  • Kamarudin Ngah Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia

Keywords:

e-business, kaum wanita, pembangunan ekonomi, women, economic development

Abstract

Perbincangan utama dalam kajian ini adalah untuk meninjau persepsi terhadap penyertaan kaum wanita dalam bidang e-bisnes. Bidang ini telah menjadi satu fenomena yang mendapat perhatian ramai khususnya kaum wanita dan berpotensi menyediakan peluang-peluang ekonomi yang dapat menjana pendapatan lumayan. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan kaum wanita dalam pembangunan ekonomi masih lemah dan tidak setanding dengan golongan lelaki. Permasalahan ini dikaitkan dengan isu gender yang sukar dihakis daripada pemikiran masyarakat. Kaum wanita juga dilihat kurang berminat dalam bidang keusahawanan konvensional kerana ianya memberi risiko dan komitmen yang tinggi kepada mereka. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, kebanyakan daripada kaum wanita mula memberi reaksi positif dalam e-bisnes. Antara objektif kajian yang dibentuk ialah mengenal pasti tahap pemahaman, prospek serta isu dan cabaran ebisnes dan mengenal pasti implikasi bidang e-bisnes dalam mempengaruhi cara hidup masyarakat. Bagi memenuhi keperluan objektif yang telah ditetapkan, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu borang soal selidik untuk mengumpul data daripada 100 orang kaum wanita luar bandar. Hasil kajian menunjukkan e-bisnes memberi implikasi positif dalam mempengaruhi cara hidup masyarakat iaitu menjimatkan masa pengguna dan turut memberi implikasi negatif dengan mengurangkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. Justeru, bidang e-bisnes perlu sentiasa diberi perhatian dan dikembangkan supaya dapat membantu untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita luar bandar dalam pembangunan ekonomi.

The main discussion in this study was to examine the perception of the participation of women in e-business. This issue has become a phenomenon that has gained the attention, especially women and has the potential to provide economic opportunities that can generate lucrative income. However, the rate of participation of women in economic development is still weak and not comparable to men. These problems are associated with gender issues that are hard to eradicate from community thinking. Women are also seen as less interested in conventional entrepreneurship as they risk their commitment and commitment. In order to solve this problem, most women began to respond positively to e-business. The objectives of the study are to identify the level of understanding, prospects and issues and e-business challenges and to identify the implications of e-business in influencing the way people live. In order to meet the predetermined objective requirements, this study uses a quantitative approach, a questionnaire to collect data from 100 rural women. The results shows that e-business has a positive implication in influencing the lifestyle of the community, saving consumers time and also giving negative implications by reducing social interaction among society. Hence, the ebusiness field should always be addressed and developed to help increase the participation of rural women in economic development.

Downloads

Published

2020-10-24

How to Cite

Talib, A., Yusof, M. N., Md Zan, Z., & Ngah, K. (2020). e-Bisnes, Pemangkin Penyertaan Kaum Wanita dalam Keusahawanan Luar Bandar : e-Business, The Catalyst for Women Involvement in Rural Entrepreneurship. Journal of Advanced Research in Business and Management Studies, 9(1), 54–66. Retrieved from https://akademiabaru.com/submit/index.php/arbms/article/view/1278
صندلی اداری سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Business studies
فروشگاه اینترنتی