Perkembangan Perumahan Komuniti Berpagar dan Berpengawal dalam Trend Peningkatan Kualiti Hidup
The Progress of Guarded and Gated Housing Community towards Trend to Improve Quality of Life
Keywords:
quality of life, welfare life, safety, neighborhood spirit, perumahan komuniti berpagar, kualiti hidup, kesejahteraan hidup, keselamatan, semangat kejiranan, residential gated communityAbstract
Komuniti perumahan berpagar merupakan salah satu usaha yang diambil oleh
pihak berkuasa bagi mengurangkan rasa takut masyarakat dan untuk
mengembalikan semula kepercayaan orang ramai untuk hidup lebih selamat di
kawasan perumahan mereka. Apabila seseorang individu itu berasa selamat dan
keselamatannya terjamin, ia akan mempengaruhi kualiti hidup mereka. Kualiti
hidup dikatakan berkadar langsung dengan keselesaan dan keharmonian bagi
seseorang individu. Para penduduk di Malaysia mula mengambil berat mengenai
kualiti hidup mereka terutamanya dari segi keselamatan. Kajian ini secara
keseluruhannya dijalankan untuk menentukan sama ada perumahan komuniti
berpagar di Kedah yang bersifat ‘urban village’ dapat membangunkan sebuah
petempatan yang kondusif dan seterusnya memberikan rasa selamat serta
meningkatkan kualiti hidup komuniti perumahan tersebut. Pendekatan metodologi
seperti kaedah pemerhatian, pengedaran soal selidik, serta temubual ke atas para
penduduk dan agensi yang berkaitan akan dijalankan bagi mendapatkan data yang
diperlukan untuk menjawab objektif kajian ini.
Gated community is one of the efforts taken by the authorities to reduce public
fears and to restore the confidence of people to live safely in their neighborhood.
When an individual feels safe and safety is assured, it will affect their quality of life.
Quality of life is said to be directly proportional to the comfort and harmony of the
individual. The population in Malaysia was concerned about their quality of life
especially in terms of safety. The whole study was conducted to determine whether
residential gated community in Kedah an 'urban village' can develop a favorable
settlements and so provide a sense of security and to improve the quality of life of
the residential community. Methodological approaches such as observation,
distribution of questionnaires, and interviews of residents and relevant agencies
will be carried out to obtain the data needed to answer the research objectives.