Kajian Ke Atas Sifat Singas Yang Terhasil Dari Biojisim Terhangus Menggunakan Penggas Tiup Turun
Keywords:
penggas tiup turun, tempurung kernal sawit, tandan buah kosong, perikarp biji getah, nilai pemanasan yang rendah, downdraft gasifier, palm kernels, empty fruit bunches, low heat valuesAbstract
Penggas tiup turun merupakan salah satu teknik penggasan yang berpotensi menghasilkan gas yang berupaya menjana kuasa mekanikal dan elektrik. Bahan yang digunakan untuk tujuan penggasan ini datangnya dari biojisim dengan kos yang berpatutan kerana sistem yang digunakan adalah sesuai untuk aplikasi skala kecil. Ciri unik penghasilan tar rendah dalam gas yang dihasilkan oleh penggas tiup turun ini membolehkan penggunaannya dalam enjin atau sistem turbin gas tanpa keperluan proses pembersihan utama. Untuk tujuan meningkatkan kualiti gas yang terhasil proses menghanguskan diperlukan untuk merendahkan kelembapan biojisim serta meningkatkan nilai haba. Kajian semasa menyelidik kualiti singas yang dihasilkan menggunakan penggas tiup turun. Proses penggasan ini membandingkan kualiti singas yang dihasilkan oleh beberapa bahan mentah seperti tempurung kernal sawit (PKS), tandan buah kosong (EFB) dan perikarp biji getah (RSP). Hasil kajian menunjukkan bahawa PKS dan EFB yang terhangus lebih sesuai digunakan dengan penggas tiup turun kerana kualiti singas dan nilai LHV yang diperoleh jauh lebih baik berbanding dengan menggunakan RSP terhangus.