Kesan Logam Pengisi Terhadap Struktur Terkimpal Al 6061 Yang Teroksida Pada 600°C

Authors

  • Nur Azida Che Lah Fabrication and Joining, University of Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UNIKL MFI), Section 14, Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
  • Muhamad Hellmy Hussin Fabrication and Joining, University of Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UNIKL MFI), Section 14, Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Struktur terkimpal, Al 6061, MgO, SiO2, pengoksidaan, suhu tinggi, Welded joint, oxidation, high temperature

Abstract

Sampel struktur terkimpal iaitu STK 6061 ER 4043 dan STK 6061 ER 5356 masing-masing dikimpal dengan logam pengisi ER 4043 (Al-5%Si) dan ER 5356 (Al-5%Mg) telah dioksidakan dalam persekitaran udara biasa pada suhu 600oC selama 40 jam. Fokus analisis adalah pada logam terkimpal di mana logam asas dan logam pengisi melebur bersama menghasilkan komposisi kimia yang berlainan. Analisis merangkumi pengoksidaan kinetik, ujian kecacatan bahan, pencirian morfologi permukaan menggunakan SEM-EDX, keratan rentas, pemetaan elemen dan fasa oksida lapisan kerak yang terbentuk pada permukaan aloi tersebut. Keputusan kajian menunjukkan logam terkimpal yang mengandungi Mg cenderung meningkatkan dan mempercepatkan proses pengoksidaan, manakala logam terkimpal yang mengandungi Si berpotensi meningkatkan tahap rintangan terhadap pengoksidaan.

Samples of STK 6061 ER 4043 and STK 6061 ER 5356 were welded respectively using ER 4043 (Al-5%Si) and ER 5356 (Al-5%Mg) filler metal and were oxidized in air environment at 600oC for 40 hours. The focus of the analysis is on the welded metal where the base metal and the filler metal melt together to produce different chemical compositions. The analysis includes kinetic oxidation, material defect testing, surface morphology characterization using SEM-EDX, cross sectioning, elemental mapping and the oxide phases formed on the alloy surface. The results show that welded metal containing Mg tends to accelerate and accelerate the oxidation process, whereas welded metal containing Si may increase the resistance to oxidation.

Published

2021-07-20
فروشگاه اینترنتی